Berita

Kerajaan Negeri Cakna Rakyat

peNA eJs

Melalui peruntukan khas Kerajaan Negeri sebanyak RM3.587 juta, agihan bantuan khas tunai berjumlah RM150 serta keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan sebagainya bernilai RM50 seorang dimanfaatkan kepada 17,935 penerima. 

Penerima yang terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap ini mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri. Langsung dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac 2020 ini, pengurusan agihan bantuan khas akan diselia Pegawai Daerah dan Pihak Kerajaan Tempatan (PBT).   

Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza yang mempengerusikan mesyuarat agihan bantuan khas turut menyarankan agar semua pihak yang terlibat patuh kepada PKP walau pun terpaksa bertugas demi menjayakan penyampaian agihan ini. Penting bagi memastikan wabak COVID 19 tidak menular dengan lebih dahsyat lagi. 

Lokasi agihan yang telah dikenalpasti mengikut DUN dan PARLIMEN akan memulakn agihan bantuan khas bermula 24 Mac 2020. Antara lokasi yang terlibat antaranya adalah Pasar Lambak Balok(DUN Beserah), Pasar Lambak Tanjung Pasir(DUN Sg Lembing) dan Pasar Lambak Gambang(DUN Lepar). 

Walau bagaimanapun, golongan yang terkesan secara langsung dan terputus sumber bekalan ini juga dimohon agar terus patuh kepada PKP. Tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan bantuan khas ini kerana agihan akan dibuat terus ke rumah penerima yang telah dikenalpasti. 


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 60 kali.


Kembali ke Atas