Berita

TNB Pahang Sumbang Zakat

peNA eJs

 

Sumbangan zakat dari TNB ini memberi gambaran jelas TNB sentiasa prihatin dengan nasib golongan memerlukan dan bantuan yang diagihkan ini diharap dapat meringankan beban terutama golongan asnaf.

Sumbangan TNB ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan asnaf yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak Covid-19.

PDT Kuantan akan bertanggungjawab mengagihkan bantuan membabitkan barangan keperluan harian dan keperluan lain. Sumbangan ini dilihat dapat meringankan beban ditanggung masyarakat yang terjejas sumber pendapatan disebabkan tidak dapat bekerja dalam tempoh PKP.

Sumbangan ini adalah merupakam sebahagian zakat perniagaan TNB Pahang tahun lalu dan kali pertama pihaknya mengagihkan zakat perniagaan kepada masyarakat berbentuk barangan keperluan harian.

PDT Kuantan akan bertanggungjawab untuk menguruskan agihan kepada golongan yang layak menerima dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi melancarkan lagi proses pemilihan penerima.

Sumbangan ini diharap dapat membantu dan memberi kegembiraan kepada golongan fakir miskin, warga emasa Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan B40. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 99 kali.


Kembali ke Atas