Berita

Ummah Rabbani Negara Harmoni

peNA eJs

 

Sambutan Maal Hijrah 2020 Peringkat Negeri Pahang yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah langsung dari Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Turut berangkat, Tengku Panglima Raja, YAM Leftenan Kolonel Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy b Wan Ismail, YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Ishak Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim b Syed Ahmad serta barisan Exco Negeri Pahang juga turut hadir sama memeriahkan majlis. 

Berlangsung dengan suasana meriah dan lancar, sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dijayakan dengan jemputan yang terhad sahaja demi memastikan pengekangan terhadap penularan wabak COVID 19. 

Tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama dengan mengambil contoh pada zaman Nabi Muhamad SAW. Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti. 

Pendakwah dan bekas Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baki bin Othman dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2020 Peringkat Negeri Pahang. Beliau merupakan pendakwah dan bekas Pesuruhjaya Pas Pahang sinonim dengan masyarakat Islam kerana sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam dan dakwah serta kesungguhannya dalam arena perjuangan Islam di Pahang. 
Tuan Guru Haji Mohd Baki bin Othman (tiga dari kanan), Tokoh Maal Hijrah 1442H bersama penerima lain-lain anugerah.

Penganugerahan gelaran itu berdasarkan kriteria pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain mempunyai sifat dan peribadi yang unggul.

Tokoh yang dipilih juga seorang yang pakar dalam bidang yang diceburi serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 96 kali.


Kembali ke Atas